[VIDEO] Sebab Ramai Sangat Cucu, Mak Sampai Salah Sebut Nama Ini Undang Tawa
Hmm, entah siapa-siapa disebutnya.
Atuk dan nenek sudah pasti akan teruja dan gembira apabila dapat berjumpa dengan cucu
Namun, tidak dinafikan jika mempunyai ramai cucu ini, kadangkala mereka akan sering terlupa dan tersalah sebut nama.
Sama dengan video yang tular di TikTok apabila seorang nenek salah sebut nama cucu di WhatsApp telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nama cucu Affan, tapi gagap-gagap panggil 'As..As..As'
Menerusi video berkenaan, kelihatan paparan WhatsApp antara perbualan seorang wanita dengan ibunya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu menghantar gambar anak kepada ibunya. Ibunya itu dilihat lupa nama bayi comel itu.
Setelah berkali-kali cuba recall, ibunya masih menyebut nama yang salah. Nama sebenar ialah Affan, tetapi ibunya memanggil Safuan yang merupakan nama anak jiran.
"Nenek-nenek memang gini hahaha kalau nak panggil tu kalau boleh satu family dia sebut nama" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 246K tontonan, 16K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!