[VIDEO] Naik Darjah 1, Mak Ayah Pakai Baju Sekolah Teman Anak First Day Ini Jadi Tumpuan
Sporting mak ayah dia.
Seperti umum ketahui, hari ini merupakan hari persekolahan pertama setelah cuti sekolah tamat
Ramai murid telah kembali ke sekolah. Sudah tentu banyak perkara terjadi buat budak yang pertama kali masuk ke alam sekolah rendah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak ditemani mak dan ayahnya masa naik darjah satu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak ayah pun pakai baju sekolah masa hantar anak
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang berada di sebuah sekolah rendah kebangsaan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang murid ditemani dengan mak ayahnya. Lebih mengejutkan lagi, mak ayahnya juga berpakaian baju sekolah kerana ingin memberi semangat kepada anaknya yang naik darjah satu.
"Lepastu, mak ayah duduk sekali dengan anak dalam kelas. Naya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 187K tontonan, 11K tanda suka dan 208 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!