seismik

[VIDEO] Mak Tengah Khusyuk Mengaji, Ayah Pula Karaoke Di Ruang Tamu Buat Anak Naik Pening

Dua dunia yang berbeza.

Cover image via @jooleeyaty (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Duduk di rumah ibu ayah sememangnya best dan boleh lihat macam-macam perangai mereka

Iyalah, di rumahlah tempat mereka berehat dan berhibur sebab semasa bekerja mereka dah serius berpanjangan. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila ibu dan ayah gadis ini berhibur dengan cara masing-masing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@jooleeyaty

nak kena hadap benda ni setiap kali nak keluar jalan-jalan, letih juga

Sejati - Wings

Mak tengah mengaji, ayah pula berkaraoke di ruang tamu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam gelagat ibu dan ayahnya di rumah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu dan ayahnya melakukan aktiviti yang berbeza.  Ibunya dilihat sedang khusyuk mengaji manakala ayahnya sedang menyanyi di depan televisyen. 

"Pov hidup antara yang hak dan batil", katanya.

"Hahahaha, I know that feeling tersepit di antara dunia dan akhirat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 228K tontonan, 28K tanda suka dan 544 komen di TikTok, rata-rata netizen turut boleh relate dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Pening anak dia nak join yang mana satu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: