[VIDEO] Adik Rancak Menari TikTok, Sekali Abang Datang Bentang Sejadah Sambil Azan
Adik dia masih tak insaf.
Memiliki anak kecil semestinya akan membuatkan suasana rumah menjadi lebih riuh
Iyalah, anak kecil memang mempunyai telatah mereka sendiri. Tambahan lagi, kalau dengan adik beradik mereka, memang banyak perangai pelik-pelik yang dibuatnya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil sedang menari namun abangnya bentang sejadah di belakangnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok menari TikTok, sekali abangnya bentang sejadah siap azan sebab nak solat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang syok menari lagu TikTok sambil gelagatnya dirakam oleh ayahnya.
Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila abang budak perempuan itu dilihat datang ke belakangnya sambil membawa sejadah. Dia selamba membentangkan sejadah sambil melaungkan azan tanda ingin solat.
Lebih menghiburkan lagi adalah apabila budak perempuan itu tidak berhenti menari walaupun abangnya telah azan dengan kuat.
"Cara halus nak stopkan adik dari terus menari" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 588K tontonan, 36K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!