seismik

"Nak Pikat Awek" - Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Dekat Rakan Melayu Ini Cuit Hati Ramai

Amboi dik, effort!

Cover image via @eldenchan17 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kini ramai ibu bapa lebih gemar menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Perkara tersebut disebabkan ibu bapa ingin anak-anak mereka belajar bahasa asing dan fasih berbual dalam bahasa Cina. Selalunya, dalam satu kelas akan ada tiga hingga lima orang murid berbeza kaum supaya mereka semua boleh bergaul antara satu sama lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak Cina seronok menyanyikan lagu ulang tahun kepada rakan Melayunya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Bukan setakat menyanyi, malah menari sakan depan 'awek'

Menerusi video berkenaan, kelihatan murid-murid di dalam kelas itu sedang menyanyikan lagu ulang tahun versi bahasa Cina kepada salah seorang rakan mereka. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang budak Cina dilihat berdiri dan menari ke arah rakan Melayu itu. Tindakannya seolah-olah ingin mempersembahkan tarian dan nyanyian itu kepada rakan Melayu itu. 

"Ramai-ramai kawan, memang akan ada seorang perangai macam ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 242K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya, mesti budak perempuan itu ingat sampai besar nanti! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: