[VIDEO] Beli Popia Harga RM1 Sekeping, Lelaki Bengang Dapat Popia Inti Dua Urat Kubis
Popia angin namanya.
Ramai yang suka membeli kuih untuk kudapan minum petang
Ada yang sukakan gorengan seperti popia, karipap, samosa dan lain-lain. Cumanya kalau nak beli di luar itu, kena hati-hati sebab takut intinya kosong dan jual kuih angin saja.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membeli popia angin telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beli popia satu seringgit, tapi isinya dua urat kubis
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki baru saja membeli popia goreng di lokasi yang tidak dikenal pasti.
Namun, apa yang lebih menggeramkan adalah apabila popia berharga seringgit itu tidak mempunyai inti yang banyak. Hanya ada 2 urat kubis saja. Lelaki itu sangat kesal dan bengang dengan penjual.
"Ni bukan pergi haji balik hari, ni pergi haji pagi balik tengah hari lunch petang pergi haji balik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 320K tontonan, 4K komen dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut bengang dengan penjual kedekut itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!