seismik

[VIDEO] Akak Selamba Cakap Bahasa Korea Sambil Jual Ayam Bakar Ini Buat Ramai Teruja

Dia punya fasih macam orang Korea.

Cover image via @myweekendplan (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasar Filipina di Sabah memang terkenal dengan ramai peniaga yang menjual pelbagai makanan

Yang unik dan luar biasa adalah apabila ramai peniaga di situ fasih bercakap bahasa asing. Hal itu disebabkan ramai pelancong luar negara yang singgah ke pasar itu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang akak jual ayam bakar fasih cakap bahasa Korea telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba cakap bahasa Korea masa jual ayam bakar dekat pelancong Korea

Menerusi video berkenaan, kelihatan suasana yang memaparkan seorang wanita menjual ayam bakar di Pasar Filipina.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila akak itu selamba bercakap bahasa Korea dengan pelancong dari negara tersebut. Dia siap mempromosikan ayam bakarnya dengan fasih. Percakapannya itu kedengaran seperti orang asli Korea.

"Rata-rata yang berniaga di pasar malam KK champion speaking Korea guys. That’s how competitive they are" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 73K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, sangat lancar akak tu cakap Korea!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: