seismik

Wanita Kena Sepak Terajang Sebab Nak Lindung Suami, Ramai Tertanya-Tanya Apa Puncanya

Kejadian itu difahamkan berlaku di Batu Pahat, Johor.

Cover image via @Tfsgxy_ (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pergaduhan antara satu sama lain berlaku apabila adanya ketidakfahaman atau tidak puas hati terhadap individu itu

Kadangkala, ada yang bergaduh sehingga tidak boleh berfikir dengan waras sehingga memukul dan menyepak orang sesuka hati. Perkara itu merupakan adab buruk yang tidak patut disemati dalam masyarakat. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan kumpulan keluarga bergaduh dengan pasangan suami isteri telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bertekak lalu bertumbuk sehingga jatuh atas jalan raya

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang mengadakan family day di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti di Batu Pahat, Johor. 

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang lelaki berbaju merah bertekak dengan lelaki baju berwarna kelabu. Selesai saja lelaki baju merah itu mengatakan "ajar bini kau", lelaki baju kelabu itu menumbuknya.

Kemudian, keluarga lelaki baju merah itu bertindak untuk menyepak dan memukul lelaki yang menumbuk ayah mereka itu. Kejadian itu menjadi lebih serius apabila si isteri cuba melindungi dengan memeluk suaminya disepak, namun keluarga lelaki baju merah itu masih meneruskan menyepak.

Image via googleapis.com

Difahamkan, 11 individu berusia 17-62 tahun telah ditahan berkaitan kejadian pergaduhan itu.

"Pity to akak tudung kelabu tu dari awal suruh laki dia sabar nampak cam susah hati last-last dia jugak back up laki dia lepas kena belasah sampai kene pijak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M views, 4K retweets, 2K quote tweets dan 8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Disebabkan kita tak tahu lagi punca kejadian, kita tak perlu komen la ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: