seismik

Ada Bunyi Dari Atas, Dua Beranak Ini Terkejut Rupa-Rupanya Bunyi Ular Tengah Mengawan

Nasib baik tak terjatuh masa tidur.

Cover image via @baju_skoda (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rumah yang berdekatan dengan pokok atau kawasan hutan memang senang dimasuki haiwan-haiwan

Sebagai contoh, haiwan seperti ular, biawak atau monyet dan lain-lain. Haiwan-haiwan tersebut suka masuk ke kawasan rumah untuk mencari tempat yang sejuk.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cuba menangkap dua ekor ular sawa di rumah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Macam ada benda jatuh dari atas, mak dengan anak dah rasa tak sedap hati

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan APM cuba menangkap dua ekor ular sawa batik yang besar di siling rumah di Lorong Permai Chamang, Bentong.

Seorang ibu bersama anaknya sedang berbual sambil membincangkan ingin membetulkan siling bilik anaknya yang pecah di bilik sebelah sebelum terdengar bunyi seakan benda jatuh.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila mereka mendapati ekor ular berada di lubang siling bilik anaknya itu. Mereka terus memanggil APM untuk bantuan. 

Mujur, pihak APM dapat menangkap kedua-dua ekor ular sawa yang dipercayai sedang mengawan di siling bilik itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah:


"2 ekor tu, ular tengah mengawan memang bahaya. Dia ada sifat dendam. Hati-hati, puak-puak dia ada dekat ja tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 15M tontonan, 561K tanda suka dan 20K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berpendapat bahawa orang di rumah itu semunya bising dan kecoh sehingga menganggu operasi penangkapan ular. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seramnya, dah lah besar dua-dua ular tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: