Minta Style Rambut Macam Artis Cina, Sekali Lain Pula Yang Jadi Buat Lelaki Ini Berang
Lain sangat tu bang.
Tidak kira lelaki atau perempuan, sudah semestinya penampilan rambut penting bukan?
Iyalah, penampilan rambut boleh menunjukkan identiti seseorang. Adakah seseorang itu menjaga kekemasan atau tidak. Oleh sebab itu, sudah menjadi rutin kita menjaga rambut dan memotongnya apabila sudah panjang atau rimas.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki meminta gaya rambut seperti artis Cina namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta rambut warna biru, siap belah tengah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki duduk di kedai salon untuk memotong rambutnya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu dilihat menunjukkan gambar seorang artis Cina kepada pedandan rambut di salon itu.
Namun, hasilnya tidak seperti yang disangkakan, rambutnya menjadi pendek dan tidak sama seperti yang dia mahukan. Perkara itu membuatkan dia berang dan naik angin.
"Emang potongannya salah sih" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 232K views, 1K retweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!