"Jenuh Nak Kemas" - Tular Iklan Banglo RM19 Juta, Tapi Komen Netizen Pula Menghiburkan
Sakit perut baca komen masing-masing.
Banyak iklan jual rumah yang boleh kita lihat di media sosial sekarang
Harga rumah yang semakin mahal membuatkan ramai sukar nak membeli rumah. Sebaiknya mereka menyewa saja sehingga mampu untuk membeli rumah. Namun, kadangkala sudah pasti kalau terscroll, kita akan tengok gambar rumah tersebut betul tak?
Baru-baru ini, tular sebuah posting tentang iklan rumah banglo yang dijual berharga RM19 juta tetapi komen netizen pula kelakar telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Rumah besar macam istana, siap ada 26 bilik tidur dan 24 bilik air
Menerusi posting berkenaan, kelihatan egen rumah memuat naik beberapa kepingan gambar keadaan rumah di akaun Facebooknya.
Dalam postingnya itu juga dituliskan details rumah tersebut. Rumah yang berukuran 30,000 sqft itu mempunyai sebanyai 26 bilik tidur dan 24 bilik air. Ia dilengkapi dengan 3 blok yang berlainan.
Bukan itu saja, banglo tersebut juga dilengkapi dengan kolam renang dan view yang cantik. Banglo terletak di Sungai Penchala, Damansara.
"26 bilik, satu malam satu bilik. Ngam-ngam sebulan baru habis tidur satu rumah" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1K tanda suka, 2.7K komen dan 2.3K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!