seismik

"Harga RM29, Cas RM98" - Restoran Shawarma Terkenal Cas Pelanggan Lebih Ini Jadi Perhatian

Difahamkan, kedai Shawarma tersebut terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Cover image via @TravelJimat (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Makanan Arab sudah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia baru-baru ini

Iyalah, banyak menu yang sedap-sedap belaka termasuk Shawarma, kunafa dan banyak lagi. Sehinggakan ada beberapa kedai di Bukit Bintang dibanjiri dengan pelanggan disebabkan telah viral. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita hampir kena cas lebih dengan pekerja kedai Shawarma telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Harga tulis RM29, tapi cas RM98 bila tap pakai kad

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam video di kedai tersebut sambil meluahkan rasa marahnya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan sangat tidak puas hati dan berang kerana pekerja kedai tersebut cas makanan dia dengan harga yang lebih tinggi. Harga Shawarma itu adalah RM29, tetapi pekerja silap cas RM98. 

Mujur, wanita itu sedar dan pertikaikan kepada pekerjanya. Setelah itu, pekerja tersebut memberikan wang pulangan secara tunai. Wanita itu menyarankan agar semua lebih berhati-hati selepas ini. 

"Yang mana bayar pakai kad, minta dia scan atas meja", katanya.

Image via googleapis.com

"Lain kali kena check dulu harga dia taip kat mesin, baru kita tap kad" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 883K views, 4K retweets, 200 quote tweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana warga asing dapat meniaga di kawasan itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kita kena lebih berhati-hati lepas ni bila bayar pakai kad.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: