seismik

Birthday Month Anda? Ini Antara Tempat Makan & Minum Yang Boleh Redeem Hadiah Percuma!

Tunggu apa lagi, jangan lupa tebus guys.

Cover image via @brgsjks (Twitter) , Tealive , Booky

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Adakah hari jadi anda semakin dekat? Ada berita gembira untuk anda!

Kalau nak tau, banyak tau F&B yang menawarkan makanan dan minuman percuma khas untuk celebrate hari ulang tahun anda!

Nak tahu apa saja yang boleh kita redeem waktu birthday month? Jom lihat di bawah.

1. Tealive

Image via Penang Foodie

Siapa saja yang tak sukakan minuman bubble tea daripada Tealive kan? Memang favourite ramai ni. Anda boleh dapatkan minuman ini secara percuma masa bulan birthday tau.

Tempoh promosi:
Birthday month.

Syarat:
Muat turun aplikasi, jadi ahli Tealive Uni-tea sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari lahir anda.

2. llaollao

llaollao sudah menjadi kegemaran ramai sebab keenakan yogurt dan sosnya. Yang paling menjadi kegilaan ialah sos pistachio mereka yang selalu saja sold out. Untuk bulan birthday, anda boleh redeem satu petillao.

Tempoh promosi: 
2 hari termasuk hari ulang tahun.

Syarat: 
Muat turun aplikasi dan daftar.

3. Baskin Robbins

Image via Booky

Terkenal dengan pelbagai perisa aiskrim yang menarik dan enak. Sekali ngap pasti nak lagi! Nak dapatkan dengan percuma? Tunggu masa birthday anda, anda akan dapat single regular scoop percuma!

Tempoh promosi: 
Sebulan daripada tarikh ulang tahun anda.

Syarat: 
Muat turun aplikasi dan daftar.

4. Starbucks

Haa, untuk sesiapa yang suka beli air Starbucks tu, kena redeem kek percuma kalau anda beli masa birthday month. Memang berbaloi!

Tempoh promosi: 
Birthday month.

Syarat: 
Muat turun aplikasi dan daftar. Beli minuman atau apa-apa merchandise daripada Starbucks. 

5. ZUS Coffee

Image via Aqilarin

Penggemar kopi? Cuba dulu kopi di ZUS, banyak jenis pilihan. Kalau tak suka minum kopi, ada juga pilihan lain seperti minuman fruity. Anda akan dapat percuma kek kalau beli satu minuman daripada ZUS waktu birthday month.

Tempoh promosi:
Sebulan daripada tarikh ulang tahun anda.

Syarat:
Muat turun aplikasi dan daftar. Beli air di ZUS Coffee.

6. Family Mart

Gemar makan aiskrim? Boleh try redeem Sofuto percuma di Family Mart terdekat anda. Sangat sedap and lembut!

Tempoh promosi: 
Birthday month. 

Syarat: 
Muat turun aplikasi dan daftar.

7. Koi

Image via Foursquare

Untuk ahli Koi, anda juga boleh redeem satu minuman kecil percuma masa birthday anda!

Tempoh promosi: 
Birthday month. 

Syarat: 
Muat turun aplikasi dan daftar.

8. Gong Cha

Peminat Gong Cha? Dapatkan minuman berharga RM10 secara percuma jika anda redeem masa bulan ulang tahun anda. 

Tempoh promosi: 
Birthday month

Syarat: 
Muat turun aplikasi dan daftar. 

9. Boost Juice

Siapa yang sukakan minuman yang sihat seperti jus berbuah? Boleh redeem Boost Juice!

Tempoh promosi: 
Hari ulang tahun anda, sehari atau dua hari sebelum dan selepas. 

Syarat: 
Tunjukkan kad VIBE dan IC anda untuk tujuan pengesahan. 

10. Seoul Garden

Peminat steamboat dan BBQ? Anda patut datang sini untuk sambut hari ulang tahun bersama keluarga anda. Macam-macam daging dan ayam fresh yang disediakan. 

Tempoh promosi: 
Birthday month. 

Syarat:
Bawa bersama sekurang-kurangnya 3 dewasa yang lain. Hanya boleh redeem harga dewasa. 

Jangan lupa save dan redeem semua makanan free ni masa birthday. Yay! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: