seismik

[VIDEO] Selamba Tengking Orang Masa TikTok Live, Ratu Farah Dituduh Menagih Kasih

Tiba-tiba nak masuk lepas itu marah orang.

Cover image via @wan_takaful (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Ratu Farah Diva hangat diperkatakan di TikTok selepas pergaduhannya dengan TikTokers lain berlaku

Kemunculannya di rancangan MeleTOP telah menjadi bualan ramai selepas persembahan rap yang dilakukan. Gadis tersebut memang tidak lari dengan kontroversi. 

Baru-baru ini, tular video TikTok yang memaparkan Ratu Farah bergaduh dengan TikTokers yang lain telah mencuri tumpuan., 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@wan_takaful

Replying to @MySserSs_Shine By RozS.TFH korang nilai lah sendiri. Part awal tu hamba Allah ni x sempat nak ss. #tiktoklive

For movie / picture / action / suspense - G-axis sound music

Selamba masuk live terus tengking dan marah TikTokers

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa TikTokers sedang membuat live di akaun masing-masing. 

Sedang asyiknya mereka berbual, tiba-tiba Ratu Farah join masuk live tersebut dan menengking si founder. Dia menganggap ada di kalangan mereka yang menghinanya. 

Ramai disitu yang bengang dengan tindakannya, kemudian Tiktoker yang bernama Amell bertindak menegur tingkah laku Ratu Farah yang tidak beradab itu. Dia juga meminta Ratu Farah untuk meminta maaf. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

Yang membuatkan ramai rasa pelik apabila Ratu Farah tiba-tiba meluahkan perasaannya

Ratu Farah pernah jatuh cinta dekat Wan dan sayang sangat dekat dia, tetapi Wan kata dia nak berkawan saja. Apa yang peliknya, dia tiba-tiba meluahkan perasaan itu sedangkan TikTok live tersebut tidak ada kena mengena pun.

Lihat video sambungan itu di bawah:


"Pelik kenapa tiba-tiba dia nak angin" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 985K tontonan, 25K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hm, layan sajalah drama masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: