seismik

"Main Pasir Macam Salji" - Kongsi Gambar Di Status, Anak Gelakkan Gelagat Mak Masa Travel

Baju sedondon macam geng marhaban.

Cover image via @masihbukanbella (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak suka melancong bukan?

Dapat pergi ke banyak negara merupakan impian ramai orang. Kebiasaannya, mak ayah kita mempunyai banyak masa terluang untuk melancong kerana ada dalam kalangan mereka yang telah bersara.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berkongsi gelagat maknya semasa melancong ke Vietnam telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mak dengan mak lang seronok melancong ke Vietnam

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berkongsi status WhatsApp maknya dan mak langnya. 

Apa yang telah menarik perhatian adalah apabila mak gadis itu hanya memuat naik satu gambar dengan ATV di statusnya. Gadis itu pun beralih ke status WhatsApp mak langnya dan mendapati rupa-rupanya banyak gelagat lucu maknya semasa melancong. 

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila gadis itu mengejek mak dan mak langnya memakai jubah sedondon seperti geng marhaban. Bukan setakat itu, mereka juga dilihat terbaring dan bermain dengan pasir seolah-olah seperti salji. 

"Persatuan mak mak bila dah bergabung jadi macam ni lah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 667K tontonan, 83K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan ejekan lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak behave betul masing-masing, comel je semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: