seismik

Cucu Ajak Nenek Main Bumper Car Dekat Fun Fair, Tak Sangka Pula Dia Sebenarnya Drifter

Power lah nek!

Cover image via @bimmerstylo (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, ramai anak muda memang suka pergi ke fun fair untuk meluangkan masa

Banyak permainan ekstrem yang digemari anak muda apabila pergi ke fun fair. Kebiasaannya, anak muda saja yang berani main semua permainan, kalau ibu ayah kita sudah tentu mereka akan duduk tepi dan tengok saja. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang nenek dan cucunya bermain bumper car telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Nenek macam berpengalaman drift laju-laju

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang menunjukkan situasi orang ramai sedang bermain bumper car di fun fair. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang nenek dilihat sangat pro dan power bermain bumper car.

Dia tidak kisah melanggar atau dilanggar. Gaya dia memandu kereta itu seperti seorang drifter. Lebih melucukan lagi adalah apabila cucunya juga turut ikut dan duduk di sebelahnya.

"Nasib dah cabut siap-siap gigi nenek" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 337K tontonan, 31K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat nenek itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Powerlah nek, mesti zaman muda mudi dulu suka drift ni! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: