"Mak Saya Racer" - Mak Cik Bawa Kereta Drift Siap Pusing Corner Ini Buat Ramai Teruja
Maknya jiwa muda betul ya!
Kebiasaannya, orang muda yang suka membawa kereta seperti racer bukan?
Iyalah, jiwa muda katanya. Namun begitu, keselamatan diri dan undang-undang jalan raya juga perlu dipatuhi oleh setiap pengguna.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ibu memandu kereta seperti anak muda telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak siap pusing corner lepas tu buat drift
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua beranak sedang menunggu giliran untuk menyeberang ke jalan raya. Anaknya dilihat sedang menunggang motosikal, manakala ibunya pula memandu kereta berjenama Honda.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila ibunya itu dilihat memandu dan membuat pusingan di jalan raya.
Disebabkan enjin kereta itu menggunakan VTEC, kedengaran suara kereta itu kuat seolah-olah seperti orang tengah drift. Pusingan yang dibuat juga sangat sempurna sehingga menampakkan ibunya itu seorang pemandu yang handal.
Anaknya siap menegur ibunya sebelum itu. "Mak, jangan bawa laju-laju, bahaya!", katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mak mak ni kalau sorang sorang kemain laju dia, sampai kena speedtrap la. Kalau dengan kita bising dengar satu Perlis suruh slow" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 127K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!