[VIDEO] Jawab Kapal Terbang Lambat Masa Exam, Alasan Budak Ini Buat Ramai Boleh Relate
Dah tak dapat markah penuh dik.
Pada zaman ini, banyak jenis kenderaan yang canggih teknologinya kita boleh lihat
Ada jenis kenderaan yang boleh menjimatkan masa perjalanan kita semasa travel ke negara yang lebih jauh. Buat masa kini, kenderaan yang paling cepat adalah kapal terbang.
Namun, lain pula apabila viral video seorang budak perempuan yang menjawab kapal terbang lambat masa peperiksaan ini telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak dapat skor penuh sebab salah satu soalan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan menunjukkan kertas peperiksaan kepada ibunya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya mendapati dia hanya salah satu soalan untuk mendapatkan markah 100%.
Lebih melucukan lagi, kesalahannya adalah dengan menjawab kenderaan kapal terbang itu lambat.
Apabila disoal, alasan yang diberikan adalah sebab dia mengalami flight delayed semasa penerbangan dari Kuching ke Taiping. Sebab itu, dia merasakan dengan menaiki kapal terbang itu lambat.
"In a way, pandai betul budak ni berfikir. Dia kira total time perjalanan naik setiap kenderaan. Bagus betul, keep curious" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 239K tontonan, 18K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!