seismik

"Ngilu" - Wanita Kunyah Nugget, Sekali Tergigit Dawai Besi Keras Ini Buat Ramai Cuak

Patut boikot jenama tu.

Cover image via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makanan segera seperti nugget, sosej sudah menjadi kegemaran ramai untuk kudap-kudapan

Iyalah, penyediaan makanan seperti itu memang memudahkan. Namun, ia tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana bahannya yang tidak sihat dan berminyak. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan pengalaman wanita makan nugget yang berisi dawai besi telah mencuri tumpuan. 

Lihat video posting itu di bawah:

Makan nugget cicah sos, suapan pertama tergigit benda keras

Menerusi gambar berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang lepak di sebuah kedai sambil memesan nugget untuk kudap-kudapan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila nugget yang dimakan ternyata mempunyai benda keras seperti dawai besi. Mujurnya, dia tidak tertelan benda berbahaya itu.

Apabila tanya kepada pihak kedai, mereka juga tidak tahu apa-apa kerana tugas mereka hanya menggoreng saja. Difahamkan, dawai besi itu sudah berada di dalam nugget sebelum digoreng. 

"Complain je kak, email tanya lawyer, jangan lepaskan. Nanti orang lain pulak yang kena" - Netizen

Susulan tularnya gambar itu yang kini meraih sehingga 5.6K tanda suka, 1K komen dan 1K kongsi di group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Kalau masuk perut ni memang bahaya, kena buat aduan supaya orang lain tak terkena.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: