seismik

Makan Untuk Lunch Break, Pemuda Ini Terkejut Harga 2 Pinggan Nasi Lauk Cecah RM71

Kedai makan itu berada di Desa Pandan, KL.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nasi campur atau nasi berlauk kebiasaannya menjadi pilihan untuk kita makan masa tengah hari

Dengan nasi dan lauk yang macam-macam boleh membuatkan kita kenyang untuk kembali bekerja. Namun, terdapat harga makanan yang dijual di beberapa kedai tidak terkawal dan mahal.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang individu dikenakan harga makanan yang tinggi semasa lunch break telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Harga dua pinggan nasi dan air cecah RM71.50

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu dan rakannya sedang makan tengah hari di sebuah restoran di Desa Pandan, Kuala Lumpur (KL).

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila harga makanan mereka mencecah RM71. Lauk yang diambil antaranya ialah ikan, petai, sedikit kuah, daging dan sotong. Sotong kecil tersebut dicas sebanyak RM2 seekor walaupun saiznya kecil.

"Kalau deretan gerai di Desa Pandan tu, hanya gerai nasi campur di hujung-hujung sebelah kiri sahaja yang murah murah. Yang gerai lain tu, abaikan aje." - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 478K views, 1K retweets, 307 quote tweets dan 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Dah macam makan kat restoran mewah dah! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: