seismik

[VIDEO] Pelanggan Mengamuk Dapat Cup Kecil, Barista Tenang Kena Tengking Ini Raih Pujian

Pelanggan tersebut siap memaki dan menjerit di kedai itu.

Cover image via Tan Tan News & @IniAlalalannn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja di F&B sudah pasti banyak melayan kerenah pelanggan yang macam-macam

Ada yang baik hati dan menyantuni semua pekerja, namun ada juga yang tidak berhati perut memaki dan memarahi pekerja sesuka hati. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang kemudian tular di Twitter yang memaparkan seorang barista terpaksa menghadap makian pelanggan yang tidak puas hati telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dapat Americano saiz kecil, pelanggan maki dan marah barista

Menerusi video berkenaan, kelihatan barista dan rakan-rakan kerjanya sedang melayan permintaan seorang pelanggan di Zus Coffee. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pelanggan tersebut marah dan berang apabila dia menerima Americano yang bersaiz kecil.

"Apa benda korang buat ni, panggil boss keluar. You supervisor, you tak tahu? You panggil SOP, bullshit punya SOP. You jangan tunjuk saya SOP, sebelum tu boleh, sekarang tak boleh, double standard ke apa?", kata pelanggan. 

Gadis itu hanya tenang menghadapi makian pelanggan tersebut. "Sir, I'm very sorry.", katanya. Gadis itu juga menjelaskan bahawa Americano di kedai tersebut hanya menawarkan saiz kecil dan bukan saiz besar. 

Image via googleapis.com

"Sebab air kopi je ek. Apa benda la brother tu, respect akak ni still jawab elok elok!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M views, 10K retweets, 3K quote tweets dan 17K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dengan perangai pelanggan itu. Malah, ramai juga yang memuji sifat tenang barista tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Baik betul sis tu masih sabar dan tenang, salute!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: