seismik

"Rezeki" - Abang Cleaner Dapat Angpau RM809, Siap Air Kotak & Limau Ini Curi Tumpuan

Alhamdulillah.

Cover image via @muhamad_30_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sekarang ini merupakan musim perayaan Tahun Baharu Cina bagi kaum Cina yang menyambut

Tidak dinafikan, mereka selalunya akan menyediakan angpau untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat. Malah, ada juga yang murah rezeki untuk memberikan angpau kepada pekerja seperti cleaner, pak cik guard atau pemungut sampah. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila salah seorang abang cleaner berkongsi jumlah angpau yang diterima telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@muhamad_30_

Balas kepada @mr.whoppe alhamdulillah rezeki... berkongsi bersama... #cny2022 #cny #tiktok

-

Dapat angpau jumlah RM809, siap dengan air kotak dan limau Mandarin

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang cleaner sedang mengemas barang yang diterima sewaktunya bekerja. 

Dia dilihat menyusun air kotak dan limau Mandarin yang diterima semasa dia membersihkan kawasan tempat tinggal penduduk Cina.

Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila dia juga menerima sejumlah angpau yang banyak iaitu RM809. Abang itu berasa bersyukur kerana mendapat rezeki sebanyak itu. 

"Walaupun kerja yang ramai tak suka sebab bau dia tapi alhamdulillah masih ramai lagi orang yg berhati mulia kongsi rezeki dengan mereka" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 10K tontonan, 1K tanda suka dan 50 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rezeki tak pernah salah alamat, semoga abang dikurniakan limpahan rezeki! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: