"Macam Merendahkan Kita Je" - Budak Pertikai Kenapa Resit Tulis Sahaja Ini Undang Tawa
Aduhai dik, lawaklah.
Setiap kali membuat pembayaran sudah tentu kita akan menerima resit betul tak?
Format resit tersebut akan memaparkan nama, jumlah bayaran dan tujuan pembelian. Tujuan resit dikeluarkan adalah untuk dijadikan bukti.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki mempertikaikan kenapa resit ada perkataan sahaja telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan merendah-rendahkan orang bila tulis 'sahaja' dekat resit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang memegang resit yuran PIBG sambil berbual dengan ibunya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak itu dilihat mempersoalkan kenapa resit yang diiterima itu ditulis sahaja kepada ibunya.
"Dia macam memperendah-rendahkan kita je bu, dia macam ngata-ngata kita je sekolah ni", katanya.
Ibunya kemudian menjelaskan resit pembayaran memang ada perkataan sahaja kerana formatnya.
"Aku kalau jadi mak, aku pun rancak sekali betul juga dia rendahkan kita gituu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 567K tontonan, 42K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!