Nak Elak Kecacatan Bayi, Ini Antara Sebab Kenapa Ibu Mengandung Perlu Makan 'Asid Folik'
Ia boleh dimakan seawal wanita mempunyai rancangan untuk hamil.
Wanita yang merancang untuk mendapatkan zuriat sering disarankan untuk mengambil asid folik
Bukan setakat itu, ibu yang mengandung juga perlu mengambil asid folik supaya kandungannya sihat dan tiada komplikasi.
Asid folik merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang dikenali sebagai folat yang digunakan oleh badan. Fungsinya adalah untuk menghasilkan sel baru setiap hari.
Sel baru termasuklah, kulit, rambut, kuku dan banyak lagi anggota tubuh badan.
Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mendapatkan zuriat kerana ia dapat mengelakkan sebarang kecacatan yang serius pada otak dan saraf bayi.
1. Elak kecacatan tiub saraf
Menurut sumber, wanita yang mengambil asid folik sebulan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf seperti apina bidifa dan anencephaly sebanyak 70%. Lebih baik ibu mengambil asid folik sejak awal kehamilan kerana anggota tubuh badan janin akan terbentuk ketika itu.
2. Elak Anemia
Asid folik juga boleh menghasilkan sel darah merah dalam badan. Perkara ini dapat mencegah masalah anemia semasa mengandung.
Ia juga membantu proses pembahagian dan perkembangan sel dan membaik pulih DNA.
3. Mengurangkan risiko sumbing
Selain itu, asid folik juga dapat mengurangkan risiko terhadap sumbing bayi yang baru dillahirkan.
4. Penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan
Asid folik turut membantu dalam pertumbuhan sel-sel plasenta janin supaya dapat berkembang dengan sihat. Ia dapat mengurangkan masalah jantung serta kelahiran pramatang.
5. Mengurangkan komplikasi sepanjang kehamilan & kelahiran
Tidka dinafikan, ibu yang hamil bakal menghadapi pelbagai risiko antaranya keguguran, kurang berat atau pre-eclampsia. Oleh sebab itu, ibu hamil disarankan untuk mengambil asid folik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!