[VIDEO] Ayah Pergi Memancing, Tinggalkan Anak Tidur Tepi Jalan Ini Cetus Reaksi Ramai
"Jenis orang yang tak ready jadi bapa" - Netizen.
Memiliki anak merupakan anugerah terindah yang diberikan oleh Tuhan
Ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan cahaya mata. Ada pula yang mendapat rezeki awal. Namun, pasangan yang bergelar ibu ayah perlu memikul tanggungjawab yang besar.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang budak tidur di bahu jalan kerana ayahnya pergi memancing telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Biar anak tidur di bahu jalan berlapikkan kertas kotak
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki menghampiri budak lelaki yang tidur nyenyak di tepi jalan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila rupa-rupanya anak itu ditinggal ayahnya pergi memancing. Perkara itu sangat bahaya dan seolah-olah menunjukkan seorang ayah tidak prihatin dan kisah tentang anaknya.
"Macam mana lah dia boleh tak ada hati perut gitu, kita ni anak kucing nak tinggal pun rasa serba salah inikan darah daging kita anak kita" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M views, 3K retweets, 638 quote tweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut merasa simpati dengan budak kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!