Nak Elak Hadapi Masalah Kewangan? Lelaki Ini Kongsi Tips & Cara Terbaik Untuk Praktik
Yang penting, perancangan dan strategi perlu ada.
Cara urus kewangan adalah berbeza buat setiap individu
Image via Wrike
Paling penting, anda perlu tahu apa yang anda mahukan. Sebagai contoh, wang simpanan yang dikumpul ketika ini cukup atau tidak untuk tampung perbelanjaan serta keperluan anda di masa hadapan?
Pendek kata, kena ada matlamat dalam pengurusan kewangan. Mulakan dengan matlamat paling jauh kerana jika kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya.
Terdapat pelbagai tanda-tanda bahawa anda mengalami masalah kewangan, contohnya seperti yang dikongsikan oleh IR Abdul Rahman Bahasa ini:
- Bila anda sentiasa berbelanja melebihi pendapatan.
- Limit credit card anda dah sampai tahap maksimum.
- Asyik bayar minimum cas je sebelum sampai due date untuk credit card.
- Selalu pinjam duit daripada orang lain untuk tampung perbelanjaan harian.
- Bila asyik bergaduh laki bini sebab duit.
Oleh itu, dia turut berkongsi cara-cara urus kewangan dengan baik buat anda yang masih belum tahu
- Buat bajet. Setiap benda kita mesti kena plan. Dari bajet lah kita tau kemampuan kita. Bila kita tau kemampuan belanja kita. InsyaAllah, kita boleh elak belanja lebih dari kemampuan.
- Kalau yang pakai credit card, benda paling penting adalah DISPLIN. Saya dah pakai credit card lebih 10 tahun dan Alhamdulillah...saya tak pernah sampai tahap kena bayar caj lewat bayaran. Tricknya mudah:
- Jangan buat limit credit card tinggi2 sangat. Saya suggest mantain minimum limit RM6,000 je. Walaupun gaji dah puluh ribu pun. Mantain je limit RM6,000.
Untuk pengetahuan korang, gaji minimum nak apply credit card adalah RM3,000 sebulan. Limit yg Bank Negara luluskan untuk gaji RM3,000 ni adalah 2x dari gaji bulanan RM3,000. Tu lah sebabnya credit card minimum limit RM6,000.
Image via TCER.MY
Maximum ada 2 je credit card. Dan pastikan bank yang berlainan untuk credit card tu. Bukan nye untuk bermewah2 pun ada 2 credit card ni. It just backup kalau tetiba satu bank tu line dia offline ke, chip rosak ke. Boleh guna card yg lagi satu. Siang pakai, malam tu bayar balik.
Guna credit card untuk shopping barang keperluan asas and kesihatan je,contoh bayar bil hospital. Biasanya bila guna credit card ni dapat kumpul point or cash back. So, cukup haul, claim point into voucher yang ada beri tambah nilai.Macam voucher beli barang kemas.
Tapi.. Kalau rasa tak boleh displin siang pakai, malam bayar balik. Saya sarankan jangan pakai credit card. Guna debit card pun ok dah kalau nak feeling2 guna cashless facilities. Buat simpanan... Dalam bajet buat portion simpan tu sebagai "hutang". Pejam mata je letak value RM100 sebagai "hutang" simpanan.
"Hutang" simpanan tu pulak simpan di bank yang paling susah nak withdraw dan yang tak banyak cawangan. Contoh Alliance Bank ke, Ar Rahji ke,tak pun Kuwait Finance House.
"Hutang" simpanan kat bank yg susah nak bawak keluar tu, jgn apply online banking. Just pergi bank tu setahun sekali je update statement.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Image via SAYS Seismik
Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment