seismik

Berjaya Kumpul Ribuan Ringgit, Wanita Kongsi Pahit Manis Buat #RM20Challenge. Lumayan Beb!

Jangan risau, tak rugi pun kalau menabung ni. Yang penting, kena DISIPLIN. ;)

Cover image via Twitter @mimierhmn

Tidak dinafikan, menabung memang sesuatu perkara yang agak sukar untuk dilakukan

Image via Giphy

Namun, setiap individu perlu tahu bahawa memiliki simpanan sendiri adalah sesuatu perkara yang amat penting. Mana tidaknya, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Contohnya kalau kereta rosak, tayar pancit, bateri kereta kong dan sebagainya.

Mana nak cekau duit di saat-saat getir bukan? Duit simpanan jugalah yang akan membantu jawabnya.

Walau bagaimanapun, menabung bukanlah perkara yang mustahil. Ada pelbagai jenis cara anda boleh praktik dalam membuat simpanan.

Sebagai contoh, boleh lihat bagaimana wanita ini menyimpan duit dengan cara menabung menggunakan teknik RM20Challenge. Memang nampak susah untuk konsisten, namun dengan adanya semangat yang kuat, anda pasti boleh.

Lihat perkongsian penuh di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang teknik #RM20Challenge ini:

Menurutnya, dia akui bahawa tidak semudah yang disangka untuk menabung wang kertas RM20 ini

Kalau nak guna juga wang kertas RM20 yang disimpan, boleh tapi hanya untuk saat-saat yang begitu memerlukan sahaja

Wang kertas yang disimpan ini adalah hasil daripada usaha dua orang disebabkan masih belum memiliki akaun pelaburan

Ramai juga warganet yang tertarik untuk mula menyimpan dengan teknik #RM20Challenge. Malah, ada juga yang pernah buat sebelum ini.

Semoga akan terus konsisten! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ayuh menyimpan untuk kegunaan masa hadapan! :)

You may be interested in: