Asingkan RM1 & RM5 Setiap Hari, Lihat Berapa Banyak Lelaki Ini Dapat Simpan Selama Setahun
Menabung amalan mulia!
Memiliki simpanan sendiri adalah sesuatu yang amat penting. Namun, menyimpan duit bukanlah perkara yang mudah bagi sesetengah pihak, lebih-lebih lagi apabila kos sara hidup semakin meningkat.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mustahil. Ada pelbagai cara yang anda boleh praktikkan dalam membuat simpanan.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Joe Najib baru-baru ini, beliau hanya menggunakan teknik mengasingkan RM1 dan RM5 setiap hari selama setahun. Hasilnya memang boleh tahan.
Mereka yang mengikuti Joe Najib selama beberapa tahun telah sedia maklum bahawa ini adalah upacara tahunan beliau dan ramai yang telah mengikut jejak beliau menabung
"Itulah jumlah saya berjaya simpan dengan mengeluarkan RM1 & RM5 setiap hari sejak 1 Januari," tulis beliau.
"RM3,900 mungkin jumlah yang kecil tetapi ia merupakan bayaran pendahuluan 10% untuk kereta Perodua atau Proton. Ia juga cukup untuk membeli telefon pintar. Ia juga merupakan gaji sebulan untuk kebanyakan orang,” tulis Joe Najib.
RM3,900 dalam masa setahun. Banyak tu! Dah macam bonus sebulan.
Anda semua boleh cuba untuk tahun baru nanti! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, setuju?
Baca status penuh Joe Najib di bawah:
RM3,900.
That's the total I managed to save by taking out RM5s and RM1s from my wallet and putting them aside at the end of every day since January 1st.
Those of you who've been following me for the past few years will know that this is my annual ritual. And some of you have successfully adopted this habit as well.
RM3,900. It may be a small sum to some of you. But it's a 10% downpayment for a small Perodua or Proton. It's enough to buy a high-end smartphone. It's also a full month salary for many.
As for me, it's my year-end holiday funds, as usual.
We're one week away from the new year.
For those who can, try this as a new year resolution.
If you can't hold on to it for a year, you'll be surprised how much you have at the end of every month for shopping, or the end of every week for a good meal out.
Let's share our achievements same time next year.
Good luck!
JN
#StopWhiningStartSaving #RM5 #RM1
Teknik menyimpan yang bernas! Anda boleh menggunakan teknik ini untuk merancang kewangan anda pada tahun 2018!