Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nama ‘Muhammad’ Sekali Lagi Jadi Nama Paling Popular Di United Kingdom Tahun Ini

Difahamkan, selain Muhammad, ejaan nama seperti Mohammed dan Mohammad juga terdapat dalam senarai laman web tersebut.

Cover image via Shefali Parekh iStock

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, nama Muhammad merupakan antara nama yang paling popular digunakan untuk kaum lelaki

Namun, tahukah anda selain di Malaysia dan beberapa negara Islam lain, nama Muhammad juga antara yang paling popular diberikan kepada bayi di United Kingdom (UK).

Menerusi laporan laman web BabyCentre bahawa nama Islam, Muhammad sekali lagi mengungguli kedudukan teratas untuk nama bayi lelaki di United Kingdom, tahun ini.

Jurucakap BabyCentre Faye Mingo berkata, ibu bapa semakin cakna isu pemberian nama dengan menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja mengenai nama bayi mereka, tetapi ejaan nama.

"Mungkin ia kecil, tetapi perbezaan ini penting kepada ibu bapa jadi kami kini akan memasukkan semua ejaan nama bayi individu dalam carta kami," katanya.

Muhammad yang membawa maksud ‘terpuji’ dalam Bahasa Arab ialah nama rasul terakhir umat Islam dan dianggap sebagai nama yang paling banyak digunakan untuk kanak-kanak lelaki di seluruh dunia dengan pelbagai ejaan dan sering menjadi 10 nama teratas di kebanyakan negara.

Gambar sekadar hiasan

Image via Harian Metro

Dianggarkan seramai 150 juta kanak-kanak dan individu dewasa guna nama Muhammad

Laman web keibubapaan (parenting) iaitu The Bump juga mendedahkan kira-kira 150 juta kanak-kanak dan individu dewasa lelaki menggunakan nama tersebut di seluruh dunia.

Noah yang juga nama rasul berada di tempat kedua dalam senarai bayi lelaki dan diikuti nama Theo, Leo, Oliver, Arthur, George, Luca, Freddie dan Jack.

Nama Islam lelaki lain disenaraikan antara 100 teratas termasuk Ali, Abdullah, Ibrahim, Abdul, Musa, Ahmed, Yusuf, Omar, Zayn dan Hamza.

Untuk bayi perempuan pula, Layla ialah nama Muslim paling popular di tempat ke-31, dengan nama lain seperti Maryam, Fatima, Nur, Aisha, Zahra dan Raya.

Untuk pengetahuan anda, nama Muhammad bukanlah hanya popular pada tahun ini sahaja di UK, bahkan pernah mengungguli carta teratas untuk beberapa tahun sebelum ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment