Nangis Sebab Tak Ada Orang Makan Biskut Raya, Cara Cikgu Pujuk Anak Murid Ini Raih Pujian
Pandai cikgu ambil hati anak murid.
Jamuan kelas sering diadakan di sekolah semasa musim perayaan
Kebiasaannya, guru kelas akan membahagikan tugas kepada setiap murid untuk membawa makanan supaya dapat makan bersama-sama. Ada yang bawa kuih raya, lauk, makanan ringan dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah insiden yang memaparkan seorang anak murid menangis kerana tiada yang makan kuihnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis sedih sebab tak ada orang nak makan kuih raya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk di tempatnya sambil menangis. Dia dipujuk oleh seorang rakannya.
Apabila ditanya cikgu, dia meluahkan tak ada rakan makan biskut raya yang dibawa. Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila cikgunya memujuk dengan menyuruh adik Syakir membuka kuih rayanya.
Cikgu itu juga menjemput semua anak muridnya makan kuih raya yang dibawa Syakir. Situasi itu membuatkan ramai sebak.
Image via @farisfarhansidek (TikTok)
"Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tak dimakan. Apa pun terbaik cikgunya!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 500K tanda suka dan 26K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @farisfarhansidek (TikTok)
Image via @farisfarhansidek (TikTok)
Image via @farisfarhansidek (TikTok)
Image via @farisfarhansidek (TikTok)
Kesian dia, nasib baik cikgu pandai pujuk :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment