Anak Luah Rasa Sedih Tiada Siapa Makan 'Potluck' Jamuan Raya Kelas Ini Buat Ramai Sebak
Hm, kesian dia bawa balik kuih banyak tu.
Di sekolah sudah pasti guru akan mengadakan jamuan raya untuk murid-murid
Semua dikehendaki untuk membawa makanan masing-masing bagi menjamu selera bersama. Kebiasaannya, cikgu dah bahagikan tugas dan jenis masakan yang perlu dibawa oleh murid-murid.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan meluahkan rasa sedih kerana tiada yang makan kuihnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bawa kuih raya ke sekolah, masa nak balik masih penuh
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menuju ke arah maknya selepas pulang dari sekolah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia meluahkan rasa sedihnya kepada ibu kerana tiada yang makan kuih dibawa. Dia juga dilihat terpaksa membawa pulang plastik berisi kuih yang berat itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kenapa cikgu dia tak packing ke anak-anak lain bawa balik sikit sorang. Kalau saya, bila ada jamuan apa-apa, memang saya akan packing setiap sorang ke anak-anak kelas saya bawak balik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 387K tontonan, 9K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!