Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nestlé Malaysia & Media Prima Lancarkan Inisiatif "Kotak Rezeki Dari Hati"

Sebanyak 1,300 kotak rezeki mengandungi barangan keperluan asas diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Cover image via NSTP/Hazreen Mohamad

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 1,300 kotak rezeki mengandungi barangan keperluan asas diagihkan kepada golongan yang memerlukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) "Kotak Rezeki Dari Hati" anjuran Media Prima Berhad dan Nestle (Malaysia) Berhad

Media Prima dalam kenyataan berkata, program berkenaan menjadi sebahagian daripada kempen Ramadan Raya 2025 ("RaRa 2025") Media Prima bertemakan Indahkan Memori yang bertujuan menyebarkan keceriaan dan membantu komuniti kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan.

"Misi 'Kotak Rezeki Dari Hati' berkenaan mencerminkan komitmen dan keprihatinan Media Prima untuk menyalurkan sumbangan kepada khalayak yang lebih luas dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa serta Hari Raya.

"Dengan pemberian 1,300 kotak rezeki yang mengandungi barangan keperluan runcit seperti beras, bihun, sos cili, kopi, serbuk koko, minuman bertenaga dan makanan ringan berkhasiat.

"Penaja utama program itu, Nestle Malaysia menyumbang produk jenamanya yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia seperti Milo, Nescafe, sos cili Maggi, Nestum, serta susu Nespray dan Omega,"
katanya.

Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid (empat dari kiri) bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro, Husain Jahit (enam dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols (lapan dari kiri) bergambar bersama penerima sumbangan Kotak Rezeki Dari Hati pada majlis pelepasan Kota Rezeki Dari Hati di Balai Berita.

Image via NSTP/Hazreen Mohamad

Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro, Husain Jahit dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols bergambar bersama penerima Kota Rezeki sempena majlis pelepasan Kota Rezeki Dari Hati di Balai Berita.

Image via NSTP/Hazreen Mohamad

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussain Al Junaid bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), Husain Jahit dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima Berhad dan Ketua Pegawai Operasi, TV3 dan Tonton, Media Prima Television Networks (MPTN), Amir Rasyidin Johari.

Program CSR itu turut menerima sokongan daripada Syarikat Jasmine Food Corporation, Pasar Raya Econsave, serta Syarikat S&P Foods dan Kantin Lab

"Media Prima sentiasa cakna terhadap kesusahan golongan yang memerlukan, justeru, pelbagai inisiatif kebajikan dijayakan antaranya program TKHM.

"Pengagihan Kotak Rezeki Dari Hati ini akan diterajui oleh Harian Metro, rancangan Wanita Hari Ini (WHI) serta radio Hot FM, dan Molek FM.

"Bantuan keperluan asas disalurkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal miskin, rumah orang tua dan kebajikan, komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang dan Pantai Timur," katanya.

Antara yang hadir menerima sumbangan dalam acara simbolik pada majlis hari ini, Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur; Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia; Rumah Raudhatul Al-Faeez, Gombak serta Persatuan Kebajikan Wanita Dan Ibu Tunggal Nur Iman (WITUS).

Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols melepaskan konvoi program Kotak Rezeki Dari Hati di Balai Berita, Bangsar.

Image via NSTP/Hazreen Mohamad

Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols merasmikan simbolik pelepasan konvoi sempena majlis pelepasan Kota Rezeki Dari Hati di Balai Berita.

Image via NSTP/Hazreen Mohamad

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment