"Lelaki Buat Pervert, Perempuan Buat Effort" - Netizen Kecam Gadis Ini Intip Rumah 'Crush'
Nak mencari jodoh boleh tapi jangan sampai jadi b*doh.
Nak dapatkan jodoh memang perlu usaha, tapi janganlah sampai mengganggu privasi si dia
Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter gambar seorang gadis mengintip serta merakam 'crush' dari luar rumah yang telah menarik perhatian netizen.
Image via Twitter @AWATNINews
Manakan tidak, dalam caption yang disertakan bersama gambar itu, ia seolah-olah membolehkan perbuatan mengintai atau stalking ini yang dianggap sebagai usaha gadis tersebut mendapatkan lelaki yang diminatinya.
Image via Twitter @AWATNINews
Dipercayai pemilik asal yang memuat naik tweet tersebut telah pun memadamkannya ekoran mendapat kecaman hebat dari netizen. Tweet itu bagaimanapun sempat di-screenshot lalu dikongsikan semula oleh akaun parodi Twitter, @AWATNINews.
Ekoran tularnya tweet berkenaan, ternyata ramai netizen yang merasakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku
Masing-masing berpendapat dan beranggapan perbuatan mengintip yang dilakukan gadis itu adalah jenayah kerana ia melibatkan gangguan terhadap privasi seseorang.
Selain itu, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan pandangan 'berat sebelah' masyarakat di mana sekiranya seorang gadis yang melakukan perbuatan stalking ini, ia dianggap effort, manakala jika lelaki yang membuatnya, ia pula dianggap pervert.
Image via Twitter @AWATNINews
Image via Twitter @AWATNINews
Image via Twitter @AWATNINews
Haih. Macam-macam perangai pelik manusia sekarang.
Image via MRW Gifs
Image via SAYS Seismik
Ingat lagi pasangan ini buat main gambar daftar nikah mereka?
Leave a comment