Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nora Danish Akui Bukan Mudah Nak Biasakan Ganti Solat Fardhu - "Pada Awalnya Saya Nangis"

MashaAllah, perkongsian yang sangat bermakna.

Cover image via @mingguanwanita (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, Nora Danish kini kelihatan semakin cantik dan awet muda selepas mula berhijab

Terbaharu, Nora berkongsi antara cabarannya untuk istiqamah bukanlah mudah terutamanya untuk memperbaiki solat fardhu.

Image via @mingguanwanita (Instagram)

Pernah menangis ketika mula-mula nak biasakan qada solat fardhu

Menurut Nora, dia mengakui sebelum ini sudah banyak tertinggal solat fardhu semasa zaman remaja. Jadi, dia mula membiasakan diri untuk mengganti semula setiap kali lepas solat.

"Setiap kali saya solat fardhu saya akan tambahkan dengan qada solat. Contohnya Zohor empat rakaat, kemudian qada Zohor empat rakaat lagi sehingga saya tamat dalam hidup ni, selamanya.

"Pada awal masa saya buat tu saya memang nangis. Saya penat sangat. Saya cakap Ya Allah penatnya nak kena qada solat ni. Macam banyaknya nak kena buat.

"Tapi lama-lama dia dah okay. Lama-lama kalau solat sekejap tu rasa macam eh kejapnya. Sebab dia dah practice, kita jadi ketagih nak buat macam itu.

"InshaAllah, doakan saya. Nora cakap dekat anak-anak juga sebab memang kena qada solat. Dia membuatkan Nora lebih tenang. Ujian tu ada tapi bila nak handle tu lagi bijak sikit lah," kongsinya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment