Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Noraniza Idris Rugi RM630K Dianiaya Scammer Untuk Jalankan Bisnes Muruku

Difahamkan, pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar kira-kira RM3,000 secara berperingkat.

Cover image via mStar Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Noraniza Idris, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas mendakwa perniagaan muruku miliknya dianiaya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian hampir RM630,000

Menurut laporan Harian Metro, Noraniza berkata dia menyedari ditipu selepas akademi berkenaan gagal membuat sebarang pembayaran selepas mengambil produk selama lebih sebulan yang dianggarkan sekitar 20,000 pek.

"Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama. Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar kira-kira RM3,000 secara berperingkat.

"Sejak menyedari ditipu pada Jun tahun lalu, saya kerap menuntut bayaran tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga jumlah kerugian mencecah RM630,000.

"Kerugian itu merangkumi kos mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan logi syarikat itu dan pembayaran gaji pekerja," katanya.

Image via Kosmo!

Image via mStar

Terpaksa berhentikan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu membayar gaji

"Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya menambah jumlah pekerja. Namun selepas kejadian ini, daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang saja.

"Saya tidak boleh tutup kerana ia perniagaan keluarga. Mahu atau tidak, saya perlu meneruskannya kerana kami masih menerima permintaan secara dalam talian," katanya lagi.

Difahamkan, akademi terbabit menawarkan peluang di platform mereka untuk penjualan produk makanan iaitu muruku yang diusahakan Noraniza.

Image via googleapis.com

Menurut Noraniza, dia kesal kerana kejadian itu turut mengganggu emosi anak-anaknya dan keluarga apabila mengenangkan usaha membangunkan syarikat ini dilakukan sejak setahun lalu.

"Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan tengok keadaan anak-anak kerana mereka sanggup tak tidur dan berjaga malam untuk pastikan kilang ini terus beroperasi.

"Saya nekad buat laporan polis ini sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula serta membantu orang lain supaya jangan terpedaya dengan orang begini.

"Saya harap mereka yang terbabit ini melihat artikel ini supaya tampil ke depan memberi kenyataan kenapa melakukan penganiayaan begini agar syarikat lain pun boleh lebih berhati-hati," katanya.

Sebelum ini, Noraniza mendakwa dirinya ditipu sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM630,000 awal tahun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment