Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Norma Baru Ke Ni?" - Isteri Peluk Bekas Teman Lelaki Kali Terakhir Depan Suami Dikecam

Bincangkan.

Cover image via @mayangkumay (TikTok)

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna dan bahagia buat bakal pengantin menanti saat indah mereka

Pada hari ini, ramai tetamu akan hadir menyaksikan persandingan anda bersama si dia. Tetapi, bagaimana jika tetamu yang diundang itu adalah bekas suami atau bekas teman lelaki anda?

Pasti akan merasa sedikit kekok atau rasa kurang selesa bukan? Namun, kalau anda seorang yang cepat move on dan tidak kisah itu adalah satu kekuatan dalam diri anda.

Lain pula seperti yang terjadi kepada pasangan pengantin ini apabila video TikTok mereka tular kerana pengantin perempuan itu telah memeluk bekas teman lelakinya di hari persandingannya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pengantin Baru

Bekas teman lelaki datang majlis persandingan mahu ucap tahniah kepada pengantin perempuan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di atas pelamin untuk berjumpa dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Difahamkan lelaki berkenaan adalah bekas teman lelaki pengantin perempuan yang dijemput hadir ke majlis persandingannya.

Minta izin dengan suami untuk peluk bekas teman lelaki buat kali terakhir

Tidak lama selepas itu, pengantin perempuan dilihat seperti meminta izin untuk memeluk bekas kekasihnya itu di depan si suami. 

Tanpa rasa marah, si suami mengizinkan perkara itu dan hanya tersenyum melihat mereka.

Selepas diizinkan, pengantin perempuan itu dengan pantas memeluk berkas teman lelakinya itu dikhalayak ramai.

Kemudian lelaki berkenaan dengan selamba terus memeluk pengantin lelaki dan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka.

"Kalau di Malaysia auto kena flying kick dah. Tak pun kuali terbang secara tiba-tiba" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terkejut melihat video berkenaan.

Malah, ada yang memberikan pandangan masing-masing tentang kejadian tersebut dan mempersoalkan bagaimana hati si suami melihatnya.

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 2.4 millions views, 189.6K likes dan 6732 comments.

Berikut adalah komen-komen daripada netizen di TikTok:

Image via @mayangkumay (TikTok)

Image via @mayangkumay (TikTok)

Image via @mayangkumay (TikTok)

Image via @mayangkumay (TikTok)

Image via @mayangkumay (TikTok)

Image via @mayangkumay (TikTok)

Suami dia pun macam cool je tengok isteri dia dengan ex tu. Tapi dalam hati dia tak tahulah macam mana kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment