Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

OKU Miliki Proton X70 Flagship Dengan Hasil Mengemis - "Mampu Raih RM500 Dalam 5 Jam"

Mungkin itu rezeki dia.

Cover image via Jkm Maran (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasukan Jabatan Kebajikan Manusia (JKM) Maran terkejut apabila mengetahui seorang pengemis OKU kutip sumbangan datang ke pasar malam dengan Proton X70 Flagship

Menerusi hantaran Facebook JKM Maran, mereka terjumpa dengan lelaki itu semasa operasi membanteras dan membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran.

Lelaki Melayu memakai jubah dan kopiah itu berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

Difahamkan, lelaki itu merupakan pemegang kad OKU dan kedua-dua tangannya kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.

Apabila dihampiri pegawai JKM, lelaki tersebut enggan menjelaskan tujuan dia meminta sedekah. Di dalam beg kertas di dalamnya mempunyai beberapa keping duit, hasil pemberian sedekah oleh pengunjung pasar malam itu.

“Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut.

“Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya. Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal,”
petik hantaran Facebook JKM Maran.

Image via @Jkm Maran (Facebook)

Akhirnya, kegiatannya terbongkar selepas didesak oleh pihak JKM

Lelaki itu memberitahu kad pengenalannya ada di dalam kereta. Pegawai penguatkuasa mengekorinya ke kenderaan dan alangkah terkejutnya mereka semua apabila melihat kereta dibawanya.

“Percaya atau tidak, Seorang OKU yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship.

“Siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa JKM. Dia tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.

“Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Dia juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya,” kata JKM Maran.

Jelas lelaki OKU itu, dia boleh meraih sehingga RM 500 bagi tempoh 4-5 jam hasil aktiviti pengemisannya di pasar-pasar malam.

Pihak penguatkuasa JKM Maran telah melepaskan lelaki itu dengan amaran.

Dalam pada itu, JKM Maran turut memberikan pesanan kepada orang ramai agar bersedekah kepada orang dan tempat yang betul.

Lihat posting itu di bawah:

Admin pun terkejut yang pengemis pun mampu beli Proton X70 :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment