Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Orang Berhutang Semasa Musafir, Tak Sah Solat Jamak Jika Tak Dapat Keizinan Dari Peminjam?

Kalau boleh selesaikanlah hutang anda.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hutang ialah wang yang dipinjamkan daripada seseorang individu

Kebiasaannya, orang akan berhutang jika berada dalam keadaan yang terdesak untuk melakukan sesuatu perkara.

Namun, perlulah diingatkan jika kita berhutang, perlulah membayar balik jumlah yang sama dipinjamkan dari individu tersebut.

Tetapi, tahukah anda jika anda jika berhutang dengan orang yang musafir maka tidak sah solat jamaknya?

Lihat perkongsian daripada seorang ustaz di laman Facebooknya.

Image via Syed Shahridzan (Fcebook)

1. Antara kategori perjalanan maksiat adalah kemusafiran yang dilakukan oleh orang yang berhutang (penghutang) tanpa izin pemiutang (pemberi pinjaman). Walaupun jarak destinasi kurang dari 2 marhalah.

2. Maksud hutang di sini ialah kategori hutang yang wajib dilunaskan oleh penghutang dengan segera (الدين الحالّ) kepada pemiutang. Manakala hutang yang tertangguh (الدين المؤجل) berdasar persetujuan bersama pemituang tidak termasuk dalam hukum ini, seperti pinjaman bank dan koperasi.

3. Oleh yang demikian, penghutang yang bermusafir diharamkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya disepanjang kemusafirannya sebab ia adalah perjalanan yang mengundang dosa. Ini kerana biaya perjalanan itu sepatutnya disalurkan untuk membayar hutang yang wajib disegerakan, bukan digunakan untuk perkara yang bukan wajib.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mohd Zulkifli

4. Kategori ini seperti seseorang yang lari atau enggan membayar hutang tetapi dalam masa yang sama bermusafir untuk tujuan yang diharuskan (bukan darurat), seperti melancong, ziarah saudara dan rakan.

5. Melainkan jika pemiutang mengizinkan penghutang untuk bermusafir walaupun hutang belum terlunas. Ini bermakna penghutang diharamkan untuk bermusafir selagi tidak mendapat keredaan pemiutang. Melainkan keadaan darurat atau keperluan mendesak, maka tidak memerlukan izin pemiutang.

Allah SWT memerintahkan agar kita menunaikan amanah. Hutang merupakan amanah yang terpikul di atas bahu penghutang. Firman Allah SWT:

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

Yang bermaksud: “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah: 283)

Manakala dalam Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sebaiknya selesaikan hutang anda dahulu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment