seismik

Nisfu Syaaban: Malam Mustajab Untuk Berdoa & Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan

Boleh cuba amalkan.

Cover image via Konsultasi Syariah & Metro Jambi (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan

Bulan Syaaban ini mempunyai banyak kebaikannya. Dalam bulan ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal soleh.

Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain.

Sebenarnya banyak amalan yang anda boleh lakukan pada bulan Syaaban ini. Jom kami kongsikan kepada anda antara amalan yang anda boleh lakukan.

1. Solat sunat Nisfu Syaaban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah tergolong dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.

Cara mengerjakan solat sunat mutlak ini adalah sama seperti solat biasa.

Niatnya adalah seperti berikut:

أُصَلِّى صَلَاةَ السُّنَّةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Memperbanyakkan doa dan munajat

Anda juga digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan munajat pada masa ini. Imam al-Syafie di dalam kitab al-Umm ada menyatakan tentang keistimewaan berdoa pada malam Nisfu Syaaban:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidil Adha, malam hari raya Aidil Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”

Gambar sekadar hiasan.

Image via Detik Hikmah

3. Hidupkan malam dengan banyakkan membaca Al-Quran

Orang yang membaca al-Quran walau satu huruf akan diberikan ganjaran sepuluh kali ganda pahala. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang الم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR al-Tirmizi, bertaraf hasan)

4. Banyakkan Sayyidul istighfar kepada Allah SWT

Sayyidul istighfar merupakan penghulu kepada istighfar. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah dan pembuktian kehambaan kita sebagai seorang hamba yang lemah dan hina. Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. (Riwayat al-Bukhari).

5. Memperbanyakkan selawat

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim (384)

6. Rajin meminta dan memaafkan orang

Antara golongan yang tidak akan diampunkan Allah SWT adalah mereka yang bermusuhan. Maka marilah sama-sama kita saling bermaafan, kerana sesungguhnya nilai keampunan Allah SWT jauh lebih tinggi daripada membesarkan ego dan emosi kita.

Hayati Firman Allah SWT dibawah, antara golongan yang akan dikurniakan Syurga :

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

Amalan sebegini sememangnya perlu dikekalkan walaupun bukan pada bulan Syaaban :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: