Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Orang Jepun Amalkan 'Weekend Marriages' Supaya Boleh Terus Hidup Jadi Bujang

Difahamkan, ‘weekend marriage’ telah menjadi amalan dan budaya biasa di Jepun.

Cover image via BBC News (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, trend weekend marriages di Jepun sudah semakin berleluasa dengan tujuan membolehkan mereka meneruskan gaya hidup bujang tetapi pada masa yang sama mengekalkan pasangan seumur hidup

Seperti namanya, perkahwinan hujung minggu (週末婚 atau 'shumatsukon'), juga dikenali sebagai 'separate marriages'. Ia merujuk kepada pasangan yang hanya bertemu satu atau dua hari pada hujung minggu.

Tradisi perkahwinan unik itu mendapat perhatian antarabangsa awal tahun ini selepas BBC menerbitkan video mengenainya yang bertajuk 'Adakah separation marriages adalah kunci kepada hubungan yang sihat?'.

Video berdurasi lapan minit itu memaparkan keluarga Takeda, yang terdiri daripada suami Hidekazu, isteri Hiromi, dan anak kecil mereka.

Kedua-duanya tinggal di rumah berasingan kira-kira sejam memandu dari lokasi satu sama lain, dengan anak mereka tinggal bersama Hiromi.

Hiromi menggambarkan dirinya sebagai pemilik dan instructor gim bebas yang berpengaruh, manakala Hidekazu ialah perunding perniagaan yang banyak menghabiskan masanya di hadapan komputer.

Image via BBC News (YouTube)

Mereka menyayangi dan menghormati antara satu sama lain, tetapi perbezaan dari segi gaya hidup mereka adalah rumah Hiromi kelihatan bersih, manakala Hidekazu kelihatan tidak kemas

Hidekazu mengakui bahawa satu-satunya kerja rumah yang dilakukannya ialah mencuci pakaian. Manakala Hiromi pula bangun pada pukul 4 pagi setiap hari untuk merancang jadualnya di komputernya, mengemas kini siaran media sosial, menulis catatan blog dan menyemak e-mel.

Walaupun kebanyakan orang masih tidur, dia telah menyelesaikan kebanyakan kerja rumahnya, termasuk menyeterika pakaian sekolah anak, menyediakan makan tengah hari untuk anaknya, dan membersihkan rumah.

Image via googleapis.com

Berbeza pula dengan Hidekazu, dia bangun pada pukul 7 pagi dan terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja sambil masih memakai baju tidur.

"Sejak isteri saya bangun pagi, dia bekerja tanpa henti, melakukan kerja rumah dan menguruskan perniagaannya. Saya akan berasa bersalah jika kita tinggal di ruang yang sama," katanya.

Menurut Hiromi, dia mungkin berasa tertekan dan hilang kebebasan untuk menguruskan hal peribadi jika menetap bersama suaminya.

Oleh itu, mereka menyukai susunan yang telah mereka sediakan, di mana Hidekazu melawat Hiromi dua hingga tiga kali seminggu dan tidak kerap menginap.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai saluran media bahasa Jepun telah membuat liputan secara meluas mengenai weekend marriages dan memberi maklumat tentang cara menerapkan gaya perkahwinan baharu dalam perhubungan mereka

Antaranya ialah Oggi, sebuah majalah gaya hidup tempatan yang menyenaraikan kebaikan dan keburukan budaya perkahwinan hujung minggu.

Menurut majalah itu, kebaikannya ialah:

– Hubungan boleh kekal fresh selama-lamanya

– Anda boleh mempunyai masa lapang anda sendiri

– Anda tidak perlu berputus asa dengan kerjaya anda sendiri

Manakala keburukannya ialah:

– Kesukaran komunikasi

– Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga yang lemah

– Risiko untuk pasangan anda menipu lebih tinggi

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment