"Orang Muo Boleh Turun Bantu Merewang" - Dr Zulkifli Sempat Usik Syed Saddiq Pasal Kahwin
Kalau ada berita baik, jangan lupa share ya YB!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempat mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini mengenai hal perkahwinan semasa perjumpaan mereka
Menerusi posting di Instagram Dr Zulkifli, beliau berkongsi gambar ketika menemui Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan kenalan mereka.
Malah, beliau juga berpendapat Syed Saddiq mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dalam dunia politik.
Image via @drzulkifli.albakri (Instagram)
Namun, posting tersebut mencuri tumpuan ramai apabila bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu sempat mengusik Syed Saddiq untuk berkahwin
"Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar. Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik.
"Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada 'janji' yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!" katanya.
Dalam pada itu, netizen turut berseloroh dan menyokong usikan Dr Zulkifli.
Image via @drzulkifli.albakri (Instagram)
Image via @drzulkifli.albakri (Instagram)
Image via @drzulkifli.albakri (Instagram)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment