Masuk Sekolah Baru Dapat Markah Penuh Subjek Sains, Ibu Lega Anak Dah Tak Jadi Mangsa Buli
Persekitaran memang memainkan peranan sebenarnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita meluahkan rasa kagum dengan perubahan mendadak anaknya dalam pembelajaran selepas dia berpindah ke sekolah baharu
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @sarinizainal di laman X, wanita itu menunjukkan perbezaan markah subjek Sains anaknya semasa di sekolah lama dan sekolah baharu.
"Sekolah lama: markah sains 13%, cikgu bagi TP2 (sangat lemah). Sekolah baru: no.1 dalam sains, 100% markah penuh.
"Syukur segala-galanya berubah sejak masuk sini. Tak menyesal pindahkan dia cepat-cepat tahun lalu," katanya.
Anak selalu jadi mangsa buli pengawas di sekolah lama sampai jadi anxiety dan sering menangis
Menurut wanita berkenaan lagi, anaknya itu sering dibuli oleh pengawas di sekolah lamanya sehingga menyebabkan dia hilang fokus dalam pembelajaran.
"Bila tiada lagi pengawas yg selalu cubit perut, pijak kasut Ken hari2, dan panggil dia pondan (sebab dia tak hebat olahraga), Ken nampaknya boleh fokus pada pembelajaran.
"Jika sebelum ini dia anxiety dan asyik menangis bila balik sekolah, sekarang dia confident membuat penerangan Sains.
Kanan tu, poster yg dia buat semuanya sendiri. Kagum mommy!" katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!