7 Brand Yang Jual Baju Kurung Plus Size, Dah Boleh Cuci Mata Untuk Outfit Raya!
Cantik-cantiknya semua koleksi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak lama lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Mesti ramai dekat luar sana yang sudah mula mencari baju raya untuk dipakai sedondon bersama keluarga tercinta bukan?
Untuk edisi kali ini, kami akan kongsikan beberapa jenama yang menjual baju kurung plus size untuk wanita berbadan besar.
Siapa kata badan besar tak boleh pakai cantik-cantik? Mestilah boleh! Jom check it out tujuh jenama yang menjual baju kurung plus size di bawah:
1. Mis Claire
Mis Claire sememangnya salah satu jenama yang terkenal dengan menjual baju-baju plus size. Pada tahun ini, Raya 2025 Primadonna Collection berkonsepkan kehidupan mewah dengan pelbagai pilihan warna, design dan material untuk raya yang minimalis. Terdapat koleksi pakaian untuk wanita dan juga lelaki.
Klik sini untuk shopping baju raya anda!
2. Bayu Somerset
Bayu Somerset terkenal dengan baju kurung mereka yang menggunakan gabungan warna pastel dan terang. Untuk raya tahun ini, terdapat lebih 100 koleksi SomerSyokRaya'25 yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih sebab semua cantik-cantik!
Klik sini untuk cuci mata sekarang!
3. Poplook
Siapa saja yang tidak tahu jenama Poplook bukan? Tahun ini, The Sinaran Collection mengeluarkan 38 design baju raya yang semestinya cantik dan elegan. Ada juga baju untuk kanak-kanak. Kalau nak pakai sedondon satu keluarga memang sesuai!
Klik sini untuk lihat koleksi daripada Poplook!
4. Dian Signature
Dian Signature juga mengeluarkan beberapa koleksi baju raya tahun ini. Ada baju kurung moden, baju kurung Kedah, baju kebaya peplum dan baju kebarong. Saiz bermula dari XL hingga 6XL. Belum pun masuk bulan Ramadan, banyak koleksi mereka yang sudah sold out. Memang laku keras ni!
Klik sini dan add to cart sekarang!
5. Jasmina
Jasmina juga mempunyai banyak baju kurung plus size yang cantik-cantik untuk anda 'melaram' pada hari raya nanti. Saiz baju mereka pula bermula dari 3XL hingga 7XL. Kalau anda lihat koleksi Cahaya Raya 2025, confirm rambang mata!
Klik sini untuk lihat pelbagai koleksi baju raya mereka.
6. Zalora
Zalora telah menjadi platform beli-belah secara online pilihan ramai sejak dulu lagi. Senang cerita, kalau anda tak tahu sangat nak cari baju raya dekat mana, buka je aplikasi Zalora. Mesti banyak baju kurung yang buat anda tertarik. Antara jenama yang paling popular ialah Lubna.
Klik sini untuk lihat koleksi baju kurung plus size yang ada.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!