Doktor Kongsi Kebaikan Pakai Bedak Sejuk Di Muka Sebelum Tidur - "Banyak Kesan Baiknya"
Best lah pakai bedak sejuk!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak zaman dahulu lagi, bedak sejuk menjadi pilihan ramai orang untuk dipakai sebelum tidur
Bedak sejuk diperbuat daripada beras dan kebiasaannya dibuat dalam bentuk biji-biji yang dilarutkan dengan air lalu disapukan pada badan, terutamanya di bahagian muka.
Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi antara kebaikan menyapu bedak sejuk di muka sebelum tidur.
Kurangkan minyak dan pigmentasi pada muka
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ungshah atau nama sebenarnya Dr Ungku Shahrin yang merupakan Presiden Pertubuhan Doktor Estetik Berdaftar Malaysia, Aesthetic Global Speaker, seeloknya bedak sejuk haruslah diperbuat daripada beras kencur.
"Nenek saya dulu pun gunakan bedak sejuk ni untuk disapu di muka terutama pada waktu malam sebelum tidur. Kalau kita lihat, sebenarnya effect pada kulit muka kita pertamanya dia akan kurangkan minyak pada kulit.
"Seterusnya, jerawat pun akan kurang. Dia juga boleh menyebabkan kulit kita jadi lebih putih ataupun menghilangkan pigmentasi.
"Ada bahan dalam beras tadi tu yang secara tidak langsung juga akan mengurangkan proses pigmentasi atau mengurangkan tompok hitam yang ada pada muka kita," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!