seismik

Fahrin Ahmad Gagal Tahan Air Mata Bila Baca Surat Daripada Isteri - "Saya Rindu Mak Saya"

Sebak pula tengok, first time nampak Fahrin menangis dalam live.

Cover image via @whitv3malaysia_official (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad tidak dapat menahan air matanya apabila membaca surat kiriman isterinya dalam segmen 'Dipaksa Kuat' dalam Wanita Hari Ini

Menerusi klip berdurasi 1 minit 18 saat itu, Fahrin pada mulanya kelihatan tenang ketika membaca isi surat tersebut.

Namun, tidak lama kemudian dia tidak dapat mengawal sebak semasa isterinya menceritakan tentang satu per satu pengorbanan Fahrin dan caranya bersikap profesional dalam bekerja walaupun baru kehilangan ibu tercinta ketika itu.

Masih meneruskan shooting walaupun pihak production dah beri cuti

"Setiap cabaran membesarkan anak dan urusan rumah tangga, you sama-sama ambil berat walaupun you sangat sibuk bekerja tak kira waktu.

"Ada ketika you pergi kerja walaupun dalam keadaan you sangat penat atau tak sihat dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang ditetapkan oleh orang lain.

"You akan pastikan semua orang tersenyum dan gembira dengan kehadiran you. Paling I tak boleh lupa bila arwah ibu pergi meninggalkan kita, you sangat-sangat sedih. I tak pernah nampak you menangis sampai macam tu. 

"The next day you kembali shooting walaupun production dah beri you cuti untuk rehat, you told me you tak nak menyusahkan orang lain. I terkejut you masih boleh melangkah keluar kerja tersenyum dan menyimpan kesedihan hati. You sangat kuat, semoga Allah berikan segala rezeki terbaik untuk you dunia akhirat," tulisnya.

Lihat video di bawah:

@whitv3malaysia_official

dipaksa kuat, baru first time min nampak seorang @FAHRIN AHMAD menangis #fyp #whitv3 #sedih #kehilangan

suara asli - Fabio asher - Fabio Asher

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: