seismik

Alif Satar Buka Akaun Tabung Haji Anak, Planning Lagi 20 Tahun Boleh Buat Haji Sama-Sama

Yang mana ada anak kecil tu better daftar Tabung Haji siap-siap, senang nanti.

Cover image via @alifsatar (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menyarankan para ibu bapa di luar sana supaya mendaftar akaun Tabung haji anak-anak sejak mereka kecil

Menerusi posting di laman Instagramnya, Alif berkongsi aktiviti bersama isterinya di Menara Tabung Haji baru-baru ini.

"Harini ber-dating di Menara Tabung Haji. Masuk tahun 2025 ni, aku dengan Shad discuss apa yang kami nak buat untuk anak-anak.

"Dah buat list satu per satu. Macam-macam lah dalam list tu. Buka account haji kids termasuk dalam senarai. Jadi pagi ni, kami kluaq pi buat account, activate dan mula beratur untuk anak-anak tunggu giliran panggilan haji," katanya.

Berdoa lagi 20 tahun dapat buat haji dengan anak-anak jika dapat panggilan

"Kalau ikut turn, mau 20-30 tahun jugak nak tunggu, so baik buat siap-siap. Parents mana yang ada anak-anak kecik, boleh buat account untuk anak. Bila depa besaq esok, tup tup dapat panggilan haji pada usia yang muda, Insya-Allah.

"Gambar last, throwback aku dgn Hajjah Shadila di Arafah 2023. Aku cakap kat Shad, "sayang kalau lagi 20 tahun anak-anak dapat panggilan haji, kita pun muda steady lagi boleh pi satu family dgn kuota TH insya-Allah" what a dream! semoga kita semua dijemput ke tanah suci setiap tahun Allahumma aameen!" katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: