Orang Yahudi Ini Dakwa Suntikan Vaksin Covid-19 Boleh Ubah Lelaki Suka Kaum Sejenis
Macam tak logik je.
Umum mengetahui vaksin Covid-19 yang dibeli kerajaan Malaysia daripada syarikat Pfizer dan Astrazeneca telah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu penerima sebelum masuk ke negara ini
Namun, sejak penemuan vaksin ini ramai pula golongan anti-vaksin muncul memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Ia sedikit sebanyak telah memberikan pandangan yang buruk terhadap pemikiran masyarakat.
Seperti berita yang tular baru-baru ini di media sosial apabila ketua agama Yahudi dikenali sebagai Rabai Daniel Asor iaitu seorang yang berpengaruh di Israel, telah menyeru orang ramai untuk tidak mengambil sebarang suntikan vaksin Covid-19 yang diperkenalkan.
Image via India.com
Dakwa pengambilan vaksin Covid-19 boleh jadi homoseksual
Menerusi sumber, beliau memberitahu bahawa vaksin yang disuntik akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi homoseksual.
Malah, media Israel, Jerusalem Post dan Israel Hayom melaporkan dakwaan Daniel bahawa fenomena Covid-19 adalah didalangi oleh pihak tertentu.
"Vaksin yang digunakan adalah dibuat daripada substrat embrio dan kami ada buktinya. Ia menyebabkan kecenderungan yang berlawanan" katanya.
Image via The Patriots Asia
Asor turut mengaitkan vaksin itu dengan sebuah teori konspirasi
Walau bagaimanapun, selepas mengaitkan vaksin boleh menyebabkan seseorang menjadi homoseksual, beliau turut mengaitkan pula dengan sedikit konspirasi yang berlaku.
“Pandemik yang berlaku adalah sengaja direka oleh ‘kumpulan rahsia’ antarabangsa seperti Freemason, Illuminati dan pengasas Microsoft, Bill Gates.Setakat ini seramai 17,000 rakyat Israel telah menerima suntikan kedua vaksin itu dan tidak mempunyai kesan sampingan seperti yang dilaporkan.
“Penyakit dan vaksin dihasilkan adalah bagi membentuk New World Order (NWO),” katanya
Image via Zeebiz
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment