Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Otak-Otak Mr Noh Jalin Kerjasama Dengan Teraju Usahawan Johor, Kukuhkan Strategi Pemasaran

Difahamkan, kerjasama itu juga dilihat membantu meneroka pasaran Singapura lebih luas di mana ia merupakan salah satu hab perniagaan utama di rantau ini.

Cover image via @mrnohshop (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Otak-Otak Mr Noh mengorak langkah kehadapan dengan bekerjasama dengan Teraju Usahawan Johor bagi meningkatkan daya saing usahawan di samping membantu meneroka pasaran Singapura yang merupakan salah satu hab perniagaan utama di rantau ini

Pengasasnya, Mohammad Qashrie Md Noh berkata, dalam pertemuan bersama Perbadanan Usahawan Johor Bahru (PUJB) baru-baru ini, pihaknya akan memperkukuhkan strategi pemasaran dengan lebih agresif, termasuk kolaborasi bersama agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

"Kami berhasrat memperluaskan jaringan peruncitan, serta memperkenalkan inisiatif francais bagi membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Johor.

"Kami juga akan memanfaatkan platform digital dan e-commerce untuk memastikan produk-produk usahawan tempatan terus mendapat tempat di pasaran luar. Dengan adanya sokongan daripada kerajaan negeri dan kolaborasi dengan rakan strategik di luar negara, kami yakin usahawan Johor dapat terus maju dan membawa jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan media.

Image via @mrnohshop (TikTok)

Jelas beliau lagi, pertemuan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada Otak-Otak Mr. Noh dalam aspek penjenamaan, pemasaran, dan pengembangan rangkaian perniagaan.

"Dengan sokongan PUJB, kami yakin jenama ini bukan sahaja boleh berkembang ke peringkat yang lebih luas tetapi juga menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan Johor untuk membawa produk mereka ke pasaran yang lebih besar.

"Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan usahawan tempatan, MR NOH Industries (M) Sdn Bhd telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama syarikat Singapura, MakBesar Pte Ltd.

"Kerjasama ini bertujuan untuk membawa lebih banyak jenama tempatan ke peringkat antarabangsa, memberi akses kepada pasaran luar negara, dan membantu mereka bersaing di peringkat global," ujarnya.

Ekspo jualan pertama di Singapura kolaborasi bersama MakBesar Pte Ltd, bakal berlangsung pada 27 Mac hingga 30 Mac 2025

Tambahnya lagi, sebagai langkah awal, jenama ini akan mengadakan ekspo jualan pertama di Singapura kolaborasi bersama MakBesar Pte Ltd, yang bakal berlangsung selama 4 hari dari 27 Mac hingga 30 Mac 2025.

Acara ini akan bermula dari jam 4 petang hingga 6 pagi dan membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk memperkenalkan produk mereka di pasaran Singapura. Pendaftaran kini dibuka kepada semua usahawan Johor yang ingin mengambil peluang keemasan ini untuk memasarkan jenama mereka ke peringkat antarabangsa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi atas agenda pemerkasaan usahawan Johor menerusi Belanjawan Johor 2025.

Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Pengasas Otak-Otak Mr Noh, Mohammad Qashrie (kanan) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz

Image via @mrnohshop (TikTok)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment