Padah Scam Orang, Posting Pembeli Hantar 'Santau' Dekat Scammer Ini Jadi Perhatian
Seram pula.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang, banyak kes penipuan secara online kita boleh lihat
Mungkin ada juga di sini yang mengalami nasib sama. Sememangnya ia sangat menyakitkan, lebih-lebih lagi jika kena tipu dengan jumlah yang banyak.
Sudah tentu, laporan polis perlulah dibuat untuk meminta orang yang bertanggungjawab itu memulangkan kembali duit kita. Namun, ia bukan semudah itu kerana perlu melakukan beberapa perkara dan perlu menunggu. Kadangkala ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Lain pula dengan posting di Twitter ini memaparkan perbualan antara seorang pembeli yang dikatakan menghantar 'santau' kepada seorang penjual telah mencuri perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Hantar santau lepas kena tipu dengan penjual
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter @alffm_ berkongsi screenshot perbualan di antara seorang scammer dan pembeli.
Difahamkan, scammer tersebut telah menipu pembeli itu yang telah mengakibatkan kerugian duit pembeli tersebut.
Disebabkan terlalu marah, pembeli tersebut telah menghantar 'santau' kepada scammer berkenaan. Perkara itu menyebabkan scammer itu terus meminta agar ia diberhentikan dan akan memulangkan kembali duitnya.
Image via Malaysia Kini
"Minta nombor penyantau, nak mintak balik RM400 yang kena scam dulu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang menasihatkan ia tetap syirik dan haram walaupun orang itu berpuas hati melakukannya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 6,041 retweets, 594 quotes tweets dan 8,140 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Syirik tetap syirik ya, banyak perkara lagi kita boleh buat sebenarnya ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment