seismik

Nak Masuk Kena 'Bayar', Jemputan Majlis Perkahwinan Ini Cetus Perdebatan Ramai

Semuanya berbayar oi.

Cover image via @naqyaaa (Twitter) & Hanana Group

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis perkahwinan merupakan majlis keraian buat pasangan pengantin yang baru saja diijabkabulkan

Keluarga pengantin akan menjemput rakan-rakan dan sanak-saudara untuk meraikan hari bahagia pasangan pengantin tersebut. Sudah tentu ia sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu, ditambah pula dengan hidangan nasi minyak.

Seperti  kita tahu, semuanya adalah percuma buat tetamu. Namun, lain pula dengan posting yang tular di Twitter ini apabila jemputan majlis perkahwinan yang menulis tetamu perlu bayar untuk masuk telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Semua benda berbayar di majlis perkahwinan

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi jemputan majlis perkahwinan di laman Twitternya.

Dia kemudian menulis, "Confuse juga ini jemputan perkahwinan ke pameran?". Hal ini kerana, jika dilihat daripada jemputan itu, semua benda perlu berbayar seperti tiket masuk, buffet, bergambar bersama pengantin dan banyak lagi.

Perkara itu telah mencetuskan perdebatan netizen di Twitter yang memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya. Namun, difahamkan rupa-rupanya perkara itu adalah palsu semata.

"Hahaha tak pernah lah lagi weh pergi kenduri kena bayar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen mengecam majlis tersebut yang dianggap seperti melakukan 'bisnes'.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 6,175 retweets, 1,910 quotes tweets dan 13K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau betul ada macam ni, pokai juga jadi tetamu :’)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: